Delegasi Kerajaan Negeri Pahang dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
Transit di Narita Airport, Japan
Di Pintu Masuk Disneyland, California
Bersama Duta Malaysia ke Amerika Syarikat
Bersama sebahagian pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Bersama sebahagian pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Bersama sebahagian pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Di Wilshire Grand Hotel Los Angeles, California
Perbincangan bersama sebahagian delegasi dan tetamu
Sesi taklimat bersama Duta Malaysia ke Amerika Syarikat
Sesi dialog bersama usahawan dan pelabur serta delegasi
Sebahagian peserta Seminar Peluang Pelaburan di Malaysia
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat sedang berucap
Lagi gambar akan menyusul...
3 ulasan:
YB Dato’Shahaniza bt.Shamsuddin.
Tahniah kerana begitu banyak berjasa dan berbakti kepada penduduk DUN Kuala Sentol.YB telah banyak melakukan perubahan dan memperkenalkan stail kepimpinan baru didalam DUN ini. Diperhatikan YB telah banyak turun padang bersama-sama penduduk dalam hampir setiap majlis yang dijalankan dalam DUN ini.
Walau bagaimana pun setakat pengetahuan saya hingga ke hari ini didapati tidak ada suatu program pun YB turun melihat keadaan ladang kelapa sawit yang menjadi sumber ekonomi hampir 90 peratus keseluruhan DUN ini (meliputi Jengka 1,2,3,4,5 dan Ulu Jempul.Saya menyarankan agar YB buat lawatan kerja sehari kemana-mana ladang dan tinjaulah masalah ladang dan masalah besar ladang sekarang ini ialah jalan pertanian.
Sepanjang pengetahuan saya masalah utama di ladang-ladang FELDA ialah jalan ladang yang tidak diselangggara dengan baik.Pengurusan FELDA menyalahkan pekebun yang mengusahakan ladang persendirian namun mulai tahun 2009 telah dibuat potongan RM50 untuk tujuan ini,tetapi saya tak nampak pun kemana wang ini dibelanjakan.Tidak nampak pun pelan tindakan dari pengurusan FELDA untuk mengatasi masalah ini.
Harap YB dapat menyelesaikan mengikut kebijaksanaan YB . YB akan dipandang mulia dan dianggap YB yang prihatin bukan nya YB yang datang untuk merasmikan dan memeriahkan sesuatu majlis sahaja. Turun padanglah dan dengarlah masalah kami bukannya bertanya Ketua Cawangan,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri,Ketua Kampung semata-mata.Mereka ini jika YB Tanya sebarang masalah tentunya jawapannya ialah “okey YB””Okey belaka YB”.Golongan ini tak rela bercakap benar takut hilang jawatan. Ingat tak sejarah PRU11 di Parlimen Pekan “Okey YB “ inilah yang menyebabkan YAB PM menang dengan undi 241 sahaja.
Saya rasa jika perkara yang dianggap kecil ini dapat diatasi YB akan dihormati oleh kawan dan lawan.
Sekian,terima kasih.
Sdr Azhar Ahmad,
Tulisan yang sama melalui emel telah kami terima.
Terima kasih atas pandangan tuan.
Teruskan memberi pandangan kepada kami.
Tahniah kerana Y.B begitu peka terhadap penbangunan negeri dan kawasan Dun Kuala Sentul ini.
Catat Ulasan