30 April 2010

Ulu Jempul : Program Kesedaran dan Kaunseling

30 April 2010 : Program kesedaran dan kaunseling sukarela anjuran DiC (Drugs Intervention Community) Pahang.
Maklumat lanjut berkaitan DiC Pahang, sila klik sini.

Gangguan Bekalan Air

29 April 2010 : Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bekalan Air Maran, terdapat gangguan bekalan air di sekitar Dun Kuala Sentul.
Pihak JBA Maran telah mengenalpasti punca masalah tersebut iaitu berpunca daripada gate injap kawalan di tangki air Ulu Jempul telah jatuh dari kedudukannya dan ini menyebabkan laluan air tersekat.
Pihak JBA Maran juga dalam kenyataannya sedang berusaha membaiki injap kawalan tersebut dan seterusnya memulihkan semula bekalan air. Kepada penduduk yang terjejas, di harap bersabar.

18 April 2010

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

19 - 27 April 2010 - Sepanjang minggu ini, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin akan berada di Kuantan bagi menghadiri Penggal Ke-3, Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-12.

Hulu Selangor : Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen

17 April 2010 - Selaku Adun dari parti komponen Barisan Nasional, Dato' Shahaniza hari ini meluangkan masa berada di Parlimen Hulu Selangor bagi menyertai kempen. Penamaan calon telah berlaku pada hari ini dan hari pengundian ditetapkan pada 25 April 2010.

Hospital Temerloh : Ziarah

16 April 2010 : Dato' Shahaniza meluangkan masa melawat Saudara Ishak bin Awang Nik, Mantan Pengerusi Pemuda UMNO Zon Chenor yang terlantar di Hospital Temerloh akibat barah paru-paru.

Terkini : Saudara Ishak bin Awang Nik telah kembali ke Rahmatullah pada 17 April 2010 akibat komplikasi barah paru-paru. Al-Fatihah buat Allahyarham...

Hospital Jengka : Ziarah

13 April 2010 : Selesai Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jengka, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin melakukan lawatan ke wad-wad di Hospital Jengka. Kunjungan ini bagi memberikan sokongan moral kepada pesakit yang berada di wad disamping ucapan tahniah kepada para ibu yang baru melahirkan bayi.

Penyampaian Bantuan JKM kepada Mangsa Kebakaran

13 April 2010 : Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin hari ini menyampaikan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mangsa kebakaran di Sungai Jerik pada 16 Februari yang lepas. Majlis ringkas ini diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul. Diharapkan bantuan ini akan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Jengka 3 : Ziarah

13 April 2010 : Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin meluagkan masa melawat Tuan Imam Masjid Jengka 3, Tn Hj Azudin yang terlantar dirumah akibat stroke. Melalui lawatan ini, Dato' Shahaniza memberi sokongan moral selain menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban mendapatkan rawatan.

Jengka 4 : Ramah Mesra Jengka 4

12 April 2010 : Bertempat di sebuah warung kecil, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin (Adun Kuala Sentul) meluangkan masa bersarapan bersama kepimpinan dan penduduk Kampung Jengka 4. Aktiviti sebegini adalah bagi merapatkan hubungan beliau dengan masyarakat Jengka 4 disamping mendengar sebarang pemasalahan yang dibawa oleh mereka.

Jengka 2 : Pertandingan Karaoke

10 April 2010 : Malam ini telah diadakan pertandingan karaoke. Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.

Jengka 2 : Undangan Majlis Perkahwinan

10 April 2010 : Hari ini Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin memenuhi undangan Majlis Perkahwinan seorang anak peneroka di Jengka 2.

Jengka 2 : Majlis Kesyukuran SMK Jengka 2

10 April 2010 : SMK Jengka 2 hari ini mengadakan majlis kesyukuran atas kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang terutamanya akademik. Hadir sebagai tetamu utama adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin. Dalam ucapan ringkasnya, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin berharap sekolah ini dapat meningkatkan pencapaiannya dalam semua bidang apatah lagi sekolah ini adalah satu-satunya sekolah menengah dalam Dun Kuala Sentul.

Kuala Sentul : Taklimat Peserta RTK

09 April 2010 : Hari ini Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin hadir dalam Majlis Penyampaian Taklimat kepada Peserta RTK Bukit Tetawak, Kuala Sentul. Taklimat ini berjaya mencapai kata sepakat bagi kerja-kerja membina perumahan secara kelompok di kawasan berkenaan.
Powered By Blogger