15 Mac 2010

Ulu Jempul : Ziarah Mangsa Kebakaran

15 Mac 2010 : Hari ini mungkin akan mejadi kenangan pahit sepanjang hayat kepada sebuah keluarga peneroka di Ulu Jempul selepas rumahnya musnah dalam satu kebakaran. Kejadian yang berlaku pada waktu tengahari ini dikatakan berpunca daripada dapur gas memasak.
Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, selaku Adun Kuala Sentul meluangkan masa lebih satu jam menziarahi mangsa bagi memberi sokongan dan memberi bantuan segera.
Bagi yang berkemampuan, hulurkan sumbangan anda kepada keluarga ini melalui
Baharom bin Yunus, (570219-06-5605) Akaun BSN : 06107-29-00006264-0

atau

Jemilah binti Yatim, (360418-06-5258) Akaun BSN : 06400-29-81043992-5
N79, Felda Ulu Jempul, 26400 Bandar Jengka, Pahang



07 Mac 2010

Memenuhi Undangan Majlis Perkahwinan

06 Mac 2010 : Hari ini Dato' Shahaniza meluangkan masa memenuhi undangan perkahwinan masyarakat di Dun Kuala Sentul.
Bersama pasangan pengantin di Jengka 1

Bersama pasangan pengantin di Jengka 4

Ulu Jempul : Sambutan Maulidur-Rasul

06 Mac 2010 : Pada pagi ini telah di adakan Majlis Sambutan Maulidur-Rasul di Padang Awam Ulu Jempul. Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku Adun Kuala Sentul.
Antara pengisian program ini adalah ceramah berkaitan kerohanian dan memperingati perjuangan Rasulullah dalam mengmbangkan syiar Islam.

Ulu Jempul : Majlis Tilawah Al Quran Sekolah Zon Jempul

02 Mac 2010 : Bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Ulu Jempul telah di adakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Jempul 2010.

Majlis telah dirasmikan oleh Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.

Semua sekolah dalam zon ini telah menghantar wakil ke program ini.


Powered By Blogger