30 Januari 2010

Kg Baru Jara : Program Dekati Orang Muda

30 Januari 2010 : Bermula sejak 8.00 pagi, telah di adakan Program Dekati Orang Muda anjuran KEMAS Maran. Program bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk kampung dengan golongan muda bagi mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni. Dua aktiviti utama dijalankan iaitu Pertandingan Futsal dan Pertandingan Gubahan Hantaran.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah dihadiri oleh Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku tetamu utama. Turut hadir pada majlis ini adalah Pegawai KEMAS Daerah Maran, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran serta Penghulu Mukim Chenor (Kuala Sentul).

Dato' Shahaniza menyepak penalti sebagai tanda perasmian program.

Dato' Shahaniza bergambar bersama JKKK, Belia dan pasukan yang bertanding di Final Futsal.

Melihat sebahagian gubahan yang bertanding.

Cenderamata berupa makanan ringan (industri kecil kampung) dari JKKK.

25 Januari 2010

Penyampaian Bantuan JKM dan Penubuhan PDK

26 Januari 2010 (Selasa) : Bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul (Rumah Rakyat Jengka 3), telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penerima yang layak di Dun Kuala Sentul. Majlis dirasmikan oleh Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku Adun Kuala Sentul.
Pada majlis ini juga telah diadakan Mesyuarat Penubuhan Penaja Pemulihan Dalam Komunti (PDK) Dun Kuala Sentul. Antara lain, mesyuarat bertujuan memberi penerangan berkaitan PDK dan perlantikan AJK penaja bagi PDK Dun Kuala Sentul.
Hadir dalam majlis ini adalah En Mohamad Aziz Abdul Kapi (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Maran), Cik Connic Ji Sikoi (Pegawai Bahagian OKU JKM Maran) dan beberapa pegawai dari JKM Maran. Turut hadir adalah ketua-ketua kampung dalam Dun Kuala Sentul.
Berita lanjut dalam Sinar Harian Online - klik sini.

Dato' Shahaniza sedang menyampaikan ucapan.
Turut kelihatan adalah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Maran.

Dato' Shahaniza mempengerusikan mesyuarat penubuhan PDK Dun Kuala Sentul.

Sebahagian ibu bapa / penjaga OKU bersama anak mereka yang hadir.

Dato' Shahaniza bermesra dengan salah seorang ibu yang anaknya OKU.

Kg Baru Jara : Mesyuarat KSK

25 Januari 2010 : Mesyuarat KSK telah diadakan pada petang ini di Balai Raya Kg Baru Jara. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku pengerusi KSK Dun Kuala Sentul dihadiri oleh semua AJK KSK Dun ini.
Antara lain mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010 selain perbincangan kaedah pengurusan Gelanggang Sukan yang kini diserahkan pentadbirannya kepada KSK Dun.

24 Januari 2010

Alor Star, Kedah : Ziarah

24 Januari 2010 : Semangat setiakawan, suka dan duka sama-sama di kongsi, membawa Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin hari ini ke Alor Star, Kedah. Ziarah ini bertujuan berkongsi kesedihan YB Adun Sg Tiang, Kedah, YB Suraya Yaakob (gambar) yang baru sahaja kehilangan anak lelaki beliau akibat kemalangan jalanraya pada 23 Jan 2010.
Dalam kejadian pada jam 8.00 pg itu, anak beliau yang berumur 12 tahun itu dikatakan sedang melintas jalan bersama basikalnya sebelum sebuah kereta merempuh Allahyarham Syed Arif Syed Afandi Barakbah.
Semoga YB Suraya Yaakob tabah menghadapi dugaan ini dan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt.
Berita lanjut : Bernama Online, klik di sini.

Negeri Pahang Turut Berkabung...

KUANTAN, 23 Jan (Bernama) -- Pahang turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula hari ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata selama tempoh berkabung, semua kegiatan berunsur hiburan dan keceriaan anjuran kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan tidak digalakkan selain bendera negeri perlu dikibarkan separuh tiang.
"Perkara berkenaan telah dimakumkan kepada semua ketua-ketua jabatan di negeri Pahang. Pihak swasta turut digalakkan mengikuti arahan berkenaan," katanya kepada Bernama.

Sumber berita : Bernama. Pautan berita klik sini.

22 Januari 2010

Sembah Takziah...

~ Al Fatihah ~
Innalillahi Wainnalillahi Rajiun...
Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana ke alam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

~~~
Kami rakyat Dun Kuala Sentul merafak sembah takziah kepada Sultanah Johor, Kerabat Diraja Johor dan seluruh rakyat negeri Johor atas kemangkatan Baginda Tuanku Sultan Johor.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Baginda Tuanku.
~~~

Sumber berita pengumuman : Laman Web Pejabat Menteri Besar Johor.

17 Januari 2010

Ulu Jempul : Senaman Pagi

17 Januari 2010 : Pagi ini Dato' Shahaniza sekeluarga bersama-sama penduduk Ulu Jempul menjalani aktiviti senaman pagi. Dengan diirngi muzik, semua peserta melakukan senaman 'poco-poco'.
Program ini adalah anjuran Persatuan Belia Ulu Jempul dengan kerjasama JKKK Ulu Jempul. Hampir 100 orang peserta menyertai aktiviti ini, kebanyakkannya wanita.

Jengka 3 : Penubuhan Koperasi KGFJ3MB

12 Januari 2010 : Bertempat di Dewan JKKK Jengka 3, telah diadakan Mesyuarat Agung Permulaan bagi Penubuhan Koperasi Generasi Felda Jengka 3 Maran Berhad. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, Adun Kuala Sentul.
Antara lain, koperasi ini menawarkan keahlian kepada generasi pelapis Jengka 3. Modal yang dikumpul akan dijanakan melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan.

Jengka 5 : Majlis Penutup Program Anak Angka UIAM

11 Januari 2010 : Setelah 5 hari berada di Jengka 5, sampai masanya pelajar-pelajar UIAM mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga angkat masing-masing. Majlis penutup program ini telah diadakan di Dewan JKKK Jengka 5 dengan dihadiri oleh semua keluarga yang terlibat.
Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin hadir merasmikan majlis selain menyampaikan sijil kepada kesemua 31 orang peserta dan cenderamata kepada keluarga yang terlibat. Semoga hubungan yang telah terjalin akan terus kekal walaupun mereka telah kembali ke kampus mereka.

Jengka 3 : Malam Warisan Kebudayaan UPSI

09 Januari 2010 : Bertempat di Dewan JKKK Jengka 3, telah diadakan Majlis Malam Warisan Kebudayaan anjuran pelajar-pelajar UPSI. Program yang bermula sejak jam 9.00 malam ini diserikan dengan persembahan oleh kumpulan pelajar UPSI sendiri.
Majlis juga diselangselikan dengan persembahan dari belia Jengka 3 yang turut bersama mengelolakan majlis ini. Perhubungan erat inilah yang menjadikan majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur.
Pesembahan kebudayaan ini adalah sebahagian daripada susunan acara sempena Program Anak Angkat UPSI - Jengka 3.

Ulu Jempul : Program Asyura 1431H

09 Januari 2010 : Selesai program Aysura di Jengka 4, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin meluangkan masa pula bersama jemaah Surau Peringkat 4 Ulu Jempul dalam program mengacau bubur Asyura sempena kedatangan bulan Muharam 1431H.
Program yang disertai oleh kaum wanita ini dapat memberi peluang kepada mereka merapatkan ukhwah sesama mereka. Kehadiran Dato' Shahaniza pula memberikan mereka ruang untuk beramah mesra dengan Adun Kuala Sentul ini kerana peluang sebegini jarang diperlolehi.

Jengka 4 : Program Asyura 1431H

09 Januari 2010 : Kehadiran Muharam 1431H masih diraikan oleh warga Jengka 4 dengan Program Mengacau Bubur Asyura. Program anjuran JKKK dan GPW Jengka 4 ini telah diserikan dengan kehadiran Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.
Semoga dengan program seumpama ini, akan merapatkan hubungan sesama penduduk Jengka 4 selain dapat memberi peluang kepada Adun Kuala Sentul ini turun padang mendengar luahan hati rakyat.

Jengka 4 : Ziarah

09 Januari 2010 : Atas berita yang diterima, hari ini Dato' Shahaniza meluangkan masa melawat sebuah keluarga di Jengka 4 yang telah kelihatan ayahanda tersayang. Untuk makluman Allahyarham, Hj Razali Yaakub adalah merupakan seorang peneroka Felda.

Jengka 3 : Program Anak Angkat UPSI

08 Januari 2010 : Jika semalam warga Jengka 5 menerima kehadiran pelajar-pelajar UIA, hari ini giliran warga Jengka 3 menerima kehadiran pelajar-pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Ketibaan rombongan pelajar ini disambut oleh warga Jengka 3 dan pelbagai program telah disusun sepanjang 3 hari mereka berada di sini. Antara program tersebut, mereka dibawa melawat ke Kilang Sawit Felda Jengka 3. Dalam lawatan ini, mereka diberi penerangan berkaitan proses memerah minyak sawit daripada buah tandan segar yang dihantar ke kilang ini. Lawatan ini turut disertai bersama oleh belia Jengka 3.
Sepanjang 3 hari mereka berada di Jengka 3, semua pelajar ini akan diletakkan dibawah jagaan keluarga angkat mereka. Ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk menyelami kehidupan di kampung selain menjalin silaturrahim yang baru.

Jengka 5 : Program Anak Angkat UIAM

07 Januari 2010 : Hari ini warga Jengka 5 berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar Kursus Senibina, Rekabentuk danAlam Sekitar dari Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. Selama 5 hari, 31 orang pelajar ini akan di letakkan di bawah program anak angkat bersama beberapa buah keluarga di Jengka 5. Selain mengikuti aktiviti kampung, pelajar-pelajar ini juga akan menyiapkan beberapa tugasan berkaitan fakulti mereka.
Diharapkan melalui program sebegini, pelajar-pelajar yang telah biasa tinggal di bandar akan belajar menyesuaikan diri mereka dalam kehidupan di luar bandar. Malah, program sebegini akan menjalin hubungan baru antara pelajar dengan keluarga angkat mereka.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

05 Januari 2010 :

Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul
dan
Semua Lapisan Masyarakat Dun Kuala Sentul
mengucapkan

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-40
buat
YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin

Semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rahmat
dan kekal sihat walafiat dalam usaha
memberikan khidmat terbaik kepada kami...

Jengka 2 : Projek Tanaman Bendi

04 Januari 2010 : Pembangunan tanah terbiar menjadi kawasan tanaman adalah sesuatu yang harus diberi sokongan. Atas dasar itu, hari ini Dato' Shahaniza bersama pemimpin tempatan meluangkan masa kira-kira 1 jam meninjau sebuah projek tanaman di Jengka 2.
Projek tanaman ini di usahakan oleh Ehsan bin Selamat (23 tahun). Beliau merupakan lepasan sebuah politeknik dalam jurusan automotif. Sebagai permulaan, beliau telah menanam benih pokok bendi di atas tanah seluas 1.7 ekar tersebut.
Dalam pada itu, Dato' Shahaniza berasa bangga dengan usaha anak muda ini mengusahakan tanah dengan sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan. Jika berpeluang, belia sebegini akan diberi peluang mengikuti kursus-kursus berkaitan pertanian yang akan dianjurkan oleh pihak-pihak berkaitan.

Jengka 3 : Majlis Kesyukuran Belia

02 Januari 2010 : Bertempat di Dewan JKKK Jengka 3, telah di adakan Majlis Kesyukuran anjuran Persatuan Belia Jengka 3. Antara lain majlis ini sebagai menghargai semua ahli persatuan belia yang bertungkus-lumus sepanjang tahun 2009 dalam usaha memajukan persatuan ini.
Turut hadir dalam majlis penuh bermakna ini adalah Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, Adun Kuala Sentul.
Berita lanjut kejayaan persatuan belia ini, klik di sini.

Undangan Majlis Perkahwinan

01- 03 Januari 2010 : Kesempatan cuti hujung minggu di gunakan oleh Dato' Shahaniza memenuhi undangan beberapa majlis perkahwinan sekitar Dun Kuala Sentul.

Bersama pengantin perempuan, Maziatul Zahrina Mahmad (Jengka 1).

Bersama pasangan Ismail Razak dan Radziah Abu Bakar (Jengka 3)

Bersama keluarga pengantin di Ulu Jempul.

04 Januari 2010

Jengka 1 : Lampu Jalan di Simpang Masuk

02.01.2009 : Penduduk Jengka 1 berasa amat gembira menerima hadiah tahun baru 2010 apabila beberapa buah lampu jalan telah di pasang dan mula menyala sejak beberapa hari lepas. Sebanyak 3 buah lampu jalan di pasang di simpang masuk kampung dari arah Bandar Jengka dan sebuah lagi di simpang masuk dari arah Sungai Jerik.
Selain itu, sebuah lampu jalan juga di pasang di kawasan jalan berbukit di hadapan pintu masuk SAR KAFA Jengka 1.
Semoga dengan pemasangan dan menyalanya lampu jalan ini, akan menceriakan lagi kampung ini selain membantu pemandu ketika ingin melalui simpang dan kawasan ini.

03 Januari 2010

Ucapan Selamat Tahun Baru 2010

01.01.2010 : Setelah hampir 2 tahun memberi khidmat bakti kepada penduduk selaku Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin berazam akan meneruskan momentum khidmatnya di tahun 2010.
Keutamaannya dalam 2010 adalah bagi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan menyelesaikan sebaik mungkin isu-isu yang timbul. Seringkali apa yang dilakukan tidak dapat memuaskan hati semua pihak, namun, keputusan dan tindakan terbaik telah dilakukan.
Beliau juga berharap warga Dun Kuala Sentul akan terus bersatu padu dan saling bantu membantu dalam kehidupan bermasyarakat ke arah komuniti yang lebih harmoni dan sentosa.
Segala usaha dan program-program yang telah bermula akan diteruskan selain beliau melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul akan merangka beberapa program baru demi kesejahteraan semua.
Selamat tahun baru 2010 !

01 Januari 2010

Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR

31.12.2009 : Tahun 2009 ditutup tirainya dengan aktiviti penuh bermakna anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul. Kejayaan pelajar dalam UPSR dan PMR yang lepas telah diraikan oleh YB Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.
Program yang bermula jam 3 petang ini adalah sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi Dato' Shahaniza terhadap pendidikan di Dun ini. Turut bersama dalam program ini adalah ibu bapa pelajar cemerlang tersebut dan guru-guru mereka. Dalam program ini, setiap pelajar cemerlang menerima cenderamata dan tabungan RM50 setiap seorang yang dikreditkan dalam akaun Tabung Haji mereka.

Jengka 2 : Program Mengacau Bubur Asyura

31.12.2009 : Bulan Muharam yang kini sampai ke pertengahannya di ambil kesempatan oleh penduduk Jengka bagi meraikannya dengan membuat bubur asyura. Selain menyediakan juadah istimewa ini, program ini juga dapat mengeratkan ukhwah sesama penduduk Jengka 2.
Turut bersama dalam program ini adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin dan pemimpin-pemimpin setempat.

Jengka 2 : Gangguan Bekalan Air

31.12.2009 : Dalam satu kenyataan ringkas, Jabatan Bekalan Air Pahang (Maran) memaklumkan terdapat gangguan bekalan air di perkampungan Jengka 2 akibat tangki air bocor.
Kerja-kerja pembaikian dan pemulihan semula bekalan sedang dilaksanakan. Kepada semua pengguna terlibat, di harap bersabar.
Powered By Blogger