31 Oktober 2009

Perancangan Keselamatan di DUN Kuala Sentul

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di DUN Kuala Sentul, YB ADUN Kuala Sentul telah memohon supaya dibina lebih banyak Pondok Polis bersama dengan pertambahan anggota Polis. Menerusi permohonan untuk Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) dicadangkan supaya dibina sebuah Pondok Polis di Jengka 3. Cadangan pembinaan di Jengka 3 adalah kerana kedudukannya yang hampir dengan jalan besar.

Selain itu, 2 buah Pondok Polis yang sedia ada telah dipohon untuk dinaiktaraf kerana rekabentuk sejak tanah rancangan Felda dibuka sudah tidak sesuai untuk pengoperasian. Bersamalah kita berdoa moga permohonan yang dibawa oleh YB Dato' ke peringkat atasan akan diluluskan dan seterusnya dilaksanakan demi kebaikan penduduk DUN Kuala Sentul.
Pondok Polis Jengka 1


Pondok Polis Jengka 4

Pembangunan Infastruktur di DUN Kuala Sentul

Berikut adalah sebahagian daripada pembangunan infastruktur yang telah siap dilaksanakan di DUN Kuala Sentul bagi tahun 2008/2009.

Dewan Orang Ramai Ulu Jempul


Anjung Dewan JKKK Jengka 3


Menaiktaraf Pagar Bangunan GPW Jengka 4


Bangunan Baru GPW Jengka 5


Membaikpulih Balai Raya Jengka 5


Ruang Solat Tambahan Surau Sg Jerik

Lawatan Tinjauan Projek dalam DUN Kuala Sentul

27 Oktober 2009 (Selasa) - YB Dato' Shahaniza Shamsuddin bersama Penghulu Mukim Chenor (Kuala Sentul), En. Mohd Zahar Wahid telah membuat lawatan tinjauan ke projek-projek dalam DUN Kuala Sentul. Ini bertujuan memastikan semua projek berjalan mengikut jadual yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat DUN Kuala Sentul.


Pembinaan Dewan Orang Ramai Jengka 1


Pembinaan Padang Awam Jengka 2


Pembinaan Bengkel di Jengka 3


Pembinaan Gerai di Jengka 3


Pembinaan Gelanggang Serbaguna Jengka 3


Pembinaan (Naik Taraf) Jalan Kg Bangas - Jengka 5


Pembinaan Masjid Kuala Sentul


Pembinaan Gelanggang Serbaguna Kg Baru Jara


Pembinaan Jambatan Baru ke Kg Orang Asli Sg Jempul


Pembinaan Blok Tambahan SJK (Cina) Jerik


Pembinaan (Naik Taraf) Jalan Masuk Pekan Sg Jerik

Karnival Sukan Komuniti DUN Kuala Sentul

Program ini telah dilaksanakan pada hari Ahad, 18 Oktober 2009 di Padang Awam Jengka 3. Pada sebelah pagi dan petang, telah dijalankan pertandingan Bola Jaring, Bola Tampar dan Sepak Takraw. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Majlis Ramah Mesra Generasi Muda. Jamuan secara BBQ telah disediakan oleh KSK DUN Kuala Sentul.

Pertandingan Bola Jaring


Pertandingan Bola Tampar


Pertandingan Sepak Takraw


Dato' Shahaniza melayan tetamu dengan "welcome drink"


Dato' Shahaniza sedang menyampaikan ucapan


Sebahagian pemenang pertandingan


BBQ bersama Dato' Shahaniza



Jamuan yang disediakan


Urusetia KSK DUN Kuala Sentul

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog N25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul, Maran Pahang.

Blog ini akan memaparkan aktiviti di DUN Kuala Sentul, bermula pada bulan Oktober 2009. Blog ini juga akan memaparkan program-program yang melibatkan YB Dato' Shahaniza binti Shamsuddin, ADUN Kuala Sentul.
Powered By Blogger