27 Februari 2010

Salam Maulidur-Rasul 1431H


"Di sini saya ingin menyeru umat Islam supaya bersatu demi kepentingan ummah. Janganlah jadikan perbezaan fahaman dan ideologi sebagai penghalang kepada pembangunan ummah. Saya juga menyeru rakyat bersyukur kerana negara kita terus aman, makmur dan kita semua masih lagi dapat mempertahankan Islam sebagai agama rasmi kita. Marilah menghayati sirah Rasulullah saw dan jadikanlah baginda sebagai contoh dan ikutan yg baik."

YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin,
Adun Kuala Sentul.

23 Februari 2010

Juara Rakyat Dun Kuala Sentul


Jadual Penuh Program

24 Februari 2010 (Rabu)
8.00 pagi - Pertandingan Poco-poco di Padang Awam Ulu Jempul
2.30 ptg - Pertandingan Melukis (Kanak-kanak) di Tadika Kemas Jengka 4
4.00 ptg - Sukaneka Rakyat di Padang Awam Jengka 5
8.30 mlm - Ramah Mesra bersama Masyarakat Asli di Sungai Jempul
10.00 pagi hingga 4.00 ptg - Program Ziarah di Jengka 1 dan Kampung Kuala Sentul


25 Februari 2010 (Khamis)
10.00 pg - Majlis Perasmian Penutup Juara Rakyat di Dewan Serbaguna Jengka 3
2.00 ptg - Pertandingan Menghias Kek di Dataran Dewan Serbaguna Jengka 3
8.30 mlm - Forum Ehwal Islam di Masjid Jengka 2
9.00 pagi hingga 4.00 ptg - Pengaduan Rakyat, Pameran, Derma Darah dan Pemeriksaan Gigi di Dewan JKKK Jengka 3.


27 Februari 2010 (Sabtu)
8.00 mlm - Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Dun Kuala Sentul di Dewan Orang Ramai Sg Jerik.

~

Semua rakyat khususnya di Dun Kuala Sentul dijemput untuk turut bersama dalam program-program yang di rancang.

19 Februari 2010

Selamat Datang ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka



Mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Datang kepada ;

Presiden UMNO Malaysia,
Timbalan Presiden UMNO Malaysia,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang,
serta kepimpinan UMNO, urusetia dan para peserta
ke
KONVENSYEN UMNO PAHANG 2010
di UiTM Pahang (Kampus Khazanah Alam - Jengka)
pada 19 - 21 Februari 2010.

UMNO : Pembela Rakyat !

17 Februari 2010

Sg Jerik : Ziarah Mangsa Kebakaran

16 Februari 2010 : Kemeriahan Tahun Baru Cina bertukar kesedihan bagi beberapa keluarga yang telibat dalam kebakaran. Dalam satu kejadian, dua buah rumah terbakar manakala dalam kejadian di lokasi berasingan, sebuah bengkel kereta juga terbakar.
Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin meluangkan masa melawat mangsa kebakaran selain menghulurkan bantuan sementara berupa keperluan makanan dan pakaian.
Berita lanjut dalam Sinar Online. Klik di sini.

Sg Jerik : Ziarah Tahun Baru Cina

16 Februari 2010 : Hari ini Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin berada di Sungai Jerik bagi menziarahi masyarakat berbangsa Cina yang meraikan Tahun Baru Cina. Dato' Shahaniza disambut mesra oleh Ketua Kampung serta penduduk Sg Jerik.

15 Februari 2010

Selamat Kembali ke Tanahair

15 Februari 2010 : Dimaklumkan Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin dan keluarga telah selamat kembali ke tanahair selepas berada selama 4 hari di Indonesia.

Ucapan Gong Xi Fa Chai daripada MB Pahang

14 Februari 2010 : Dalam satu posting beliau di laman Facebook, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Hj. Adnan bin Hj. Yaakob mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina, khususnya di negeri Pahang.
Laman fan pages Facebook beliau boleh dicapai di sini.

13 Februari 2010

Gong Xi Fa Chai


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina khasnya penduduk di Sungai Jerik, Dun Kuala Sentul. Semoga keharmonian, kestabilan dan kemakmuran di negara bertuah ini akan terus kekal.
~~~
Jemputan ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Dun Kuala Sentul pada 27 Februari 2010, bermula jam 8.00 malam di Dewan Orang Ramai Sungai Jerik. Semua dijemput hadir dalam semangat 1Malaysia.

Jengka 3, 4 & 5 : Gangguan Bekalan Elektrik & Air

13 Februari 2010 : Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul dimaklumkan berlaku gangguan bekalan elektrik sejak jam 4.45 petang tadi melibatkan kawasan Jengka 3, 4 dan 5. Selain itu, turut terjejas, adalah Loji Air Jengka 3-7 (di Jengka 4).
Walaupun bekalan elektrik kembali pulih tidak lama kemudian, namun, bagi loji air tersebut, ia mengambil masa untuk pemulihan bekalan air. Kesulitan bertambah akibat kadar permintaan bekalan air meningkat di musim cuti perayaan ini.
Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin yang kini berada di Indonesia memaklumkan bahawa beliau sendiri telah menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) Maran bagi memastikan bekalan elektrik dan air kembali pulih segera seperti sediakala. Beliau juga berharap penduduk yang terjejas di kawasan terlibat bersabar dalam menghadapi kesulitan ini.

Bandung, Indonesia : Pertemuan Bersama Pelajar Pahang

12 Februari 2010 : Bertempat di Hotel Jayakarta, Jalan Dago, Bandung, Indonesia, telah diadakan majlis Makan Malam bersama Adun Kuala Sentul dengan pelajar-pelajar Malaysia (Anak-anak Pahang) yang melanjutkan pelajaran di Bandung, Indonesia. Lebih 50 orang pelajar menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelajar jurusan Kedoktoran, Farmasi dan juga Pergigian.
Dalam ucapannya, Dato' Shahaniza memberi kata-kata perangsang bagi mereka terus cemerlang apatah lagi melanjutkan pelajaran dibumi asing. Beliau juga berharap para bakal doktor ini akan kembali ke tanahair setelah tamat pengajian dan berkhidmat untuk masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar.
Dalam pada itu, para pelajar yang bersama dalam majlis tersebut melahirkan hasrat untuk bersama masyarakat Dun Kuala Sentul dalam satu program kesedaran kesihatan jantung, diabetes dan darah tinggi. Program yang dirancang semasa mereka bercuti di bulan Ogos 2010 adalah sebagai usaha mereka mendekati dan berbakti kepada masyarakat.
Selesai majlis, telah diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pelajar mengetahui situasi semasa di tanahair melalui penjelasan dan penerangan Dato' Shahaniza.

12 Februari 2010

Jengka 3, 4 & 5 : Gangguan Bekalan Air

12 Februari 2010 : Gangguan bekalan air sedang berlaku di Jengka 3, 4, 5, 6 dan 7. Ini berlaku akibat kegagalan sistem bekalan elektrik di Loji Air Jengka 4. Gangguan dikesan bermula jam 10.00 pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Bekalan Air (JBA) Maran menyatakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah dilakukan oleh pihak TNB. Bekalan air mula pulih jam 5.30 petang tadi dan pihak JBA sedang berusaha menstabilkan bekalan air. Namun begitu, kemungkinan beberapa rumah, terutama di kawasan tinggi masih menghadapi kesulitan ini akibat paras air tangki yang telah surut.
Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul mengharapkan semua pihak bersabar menghadapi kesulitan ini, apatah lagi dalam keadaan semua anak perantauan mula kembali ke kampung halaman di musim perayaan ini.

Percutian Keluarga di Bandung, Indonesia

12 Februari 2010 : Dimaklumkan Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin kini sedang becuti bersama keluarga di Bandung, Indonesia sehingga 15 Februari 2010. Walaubagaimanapun, perhubungan telefon bimbit beliau masih terus diaktifkan bagi memberi peluang kepada masyarakat menyalurkan maklumat atau permasalahan.
Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Shahaniza sekeluarga.

08 Februari 2010

Juara Rakyat : Mesyuarat Kali Ke-2

08 Februari 2010 : Bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul, telah di adakan Mesyuarat Penyelarasan Program Juara Rakyat peringkat Dun Kuala Sentul.
Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.

Kg Baru Jara : Sumbangan Komputer untuk Belia

Baru-baru ini, Pertubuhan Belia Sri Jara mendapat perhatian daripada Syarikat Takau Poultry Farm untuk menyumbangkan sebuah komputer riba bagi urusan pentadbiran dan pengurusan. Hadir menyampaikan sumbangan ini adalah Pengurus Takau Poultry Farm, En. P Balasubramaniam dan diterima oleh pengerusi persatuan ini, En. Muhammad Lela Mat Said.
Turut menyaksikan majlis penyerahan ini adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.
Powered By Blogger