27 Mei 2010

Cuti Hari Wesak : Selamat Bercuti !

27 Mei 2010 : Esok, penganut agama Buddha, terutamanya di Sg Jerik akan merayakan Hari Wesak, hari yang paling suci dalam kalendar agama Buddha. Hari yang penting ini melambangkan keamanan sejagat selain budaya membantu yang memerlukannya.
Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, selaku Adun Kuala Sentul berharap, melalui perayaan ini, penganut agama Buddha dapat menghayati makna tersirat dalam perayaan ini apatah lagi kita hidup dalam lingkungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Bagi anak-anak perantauan yang akan pulang ke kampung halaman (terutamanya kampung-kampung dalam Dun Kuala Sentul), Dato' Shahaniza mengucapkan selamat kembali kepada keluarga masing-masing dan gunakanlah cuti ini bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Gunakanlah peluang kembali ke kampung halaman ini bagi mencurahkan idea bagi terus memajukan kampung halaman sendiri.
Bagi yang akan pergi bercuti, hati-hati dijalanraya semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.
Selamat Bercuti !

22 Mei 2010

Vandalisme Punca Gangguan Bekalan Air

22 Mei 2010 : Akibat perbuatan nakal (vandalisme) yang memasukkan batu-batu ke dalam mesin pam air, Loji Air Ulu Jempul gagal membekalkan air kepada penduduk Ulu Jempul, Jengka 2 dan Sg Jerik sejak petang semalam. Batu-batu yang dimasukkan ke dalam 'intake' pam tersebut menyebabkan kipas pam penyedut air tersebut rosak dan terpaksa dibaiki. Keadaan ini sememangnya mendatang kesulitan terhadap pengguna, apatah lagi bekalan air kerap terputus sejak akhir-akhir ini.
Walaubagaimanapun, Jabatan Bekalan Air Maran telah bertindak pantas membaiki kerosakan pam tersebut. Bekalan air telah dapat disalurkan semula bermula tengah hari tadi.
Dalam satu kenyataan, JBA Maran akan terus memantau keadaan Loji Air Ulu Jempul dan pam'intake' air agar terus dapat berfungsi dengan baik. JBA Maran juga mengingatkan orang ramai bahawa kawasan sekitar sumber air loji air ini juga adalah kawasan larangan dari dicerobohi. Perbuatan nakal seperti yang berlaku hari ini jelas menyusahkan semua pihak, terutamanya pengguna bekalan air sendiri.

20 Mei 2010

Makluman : Gangguan Bekalan Air

20 Mei 2010 : Jabatan Bekalan Air dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan bekalan air di Loji Air Ulu Jempul berlaku semula akibat masalah paip utama yang bocor sejak tengah malam tadi.
Bermula pagi tadi, kerja-kerja pembaikian melibatkan kimpalan terhadap paip utama yang pecah telah bermula. Kerja-kerja dijangka selesai dan bekalan air kembali pulih menjelang tengah hari ini.
Dalam pada itu, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku Adun Kuala Sentul berharap penduduk di kawasan yang terjejas agar bersabar menghadapi kesukaran sementara ini. Beliau juga berharap pihak JBA dapat memastikan bekalan air pulih seperti sediakala demi keselesaan penduduk.

19 Mei 2010

Jengka 2 : Majlis Penyerahan Padang Awam Jengka 2

18 Mei 2010 : Hari ini menjadi sejarah buat penduduk Jengka 2 apabila menerima sebuah padang awam yang baru. Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, Adun Kuala Sentul. Pada majlis ini juga, pihak kontraktor menyumbangkan sebuah mesin pemotong rumput dan set kelengkapan padang bolasepak.
Program petang ini juga dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka di kalangan penduduk Jengka 2 dan kemuncaknya adalah pertandingan tarik tali.

Jengka 2 : Ziarah dan Jejak Aspirasi

18 Mei 2010 : Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul hari ini menjalankan program ziarah ke Jengka 2. Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin turun padang untuk bertemu warga emas yang menghadapi masalah kesihatan dan menyampaikan sedikit sumbangan. Turut bersama dalam program ini adalah Pemimpin JKKK Jengka 2 dan pegawai Seranta Felda.

18 Mei 2010

Makluman : Gangguan Bekalan Air

18 Mei 2010 : Jabatan Bekalan Air dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan bekalan air di Loji Air Ulu Jempul berlaku semula akibat masalah pam air. Walaupun pembaikian telah dibuat, namun ia bersifat sementara apabila masalah yang serupa berulang. Kini kerja-kerja pembaikian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini.
Walaubagaimanapun, JBA Maran telah menyediakan 4 buah lori tangki air bagi membekalkan air secara berkala kepada penduduk Jengka 2 dan Ulu Jempul (2 buah lori tangki bagi setiap kampung). Bekalan air sementara ini juga akan berfokus ke institusi penting seperti masjid dan sekolah.
Dalam pada itu, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku Adun Kuala Sentul berharap penduduk di kawasan yang terjejas agar bersabar menghadapi kesukaran sementara ini. Beliau juga berharap pihak JBA dapat memastikan bekalan air pulih seperti sediakala demi keselesaan penduduk.

Maklumat Terkini (18 Mei 2010 jam 3.00 ptg)
Bekalan air dari Loji Air Ulu Jempul telah pulih namun masih belum di tahap optimum. Sebahagian kawasan yang terjejas mula menerima bekalan air. Namun begitu, penghantaran bekalan air ke kawasan perumahan yang berada di aras tinggi masih diteruskan.

16 Mei 2010

MAKLUMAN : Gangguan Bekalan Air

16 Mei 2010 : Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bekalan Air Maran, terdapat gangguan bekalan air di sekitar Dun Kuala Sentul, terutamanya di Jengka 2, Ulu Jempul dan Sg Jerik sejak malam semalam.
Pihak JBA Maran telah mengenalpasti punca masalah tersebut iaitu berpunca daripada masalah pam di Loji Air Ulu Jempul. Kerja-kerja penukaran pam telah dilaksanakan dan siap jam 4.00 petang tadi. Bekalan air kini dalam proses pemulihan.
Pihak JBA Maran juga dalam kenyataannya juga berkata, pemantauan berterusan terhadap pam di loji air berkenaan akan dijalankan sehingga keadaan kembali benar-benar pulih. Kepada penduduk yang terjejas, di harap bersabar.

14 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Jengka 1 : Program Ziarah

11 Mei 2010 : Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul hari ini menjalankan program ziarah ke Jengka 1. Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin turun padang untuk bertemu warga emas yang menghadapi masalah kesihatan dan menyampaikan sedikit sumbangan. Turut bersama dalam program ini adalah Pengerusi GPW Jengka 1 (Pn Hjh Hasnah Mat Lazim) dan pegawai Seranta Felda, En. Mohd Khairuddin bin Mohd Ali Hanafiah.

11 Mei 2010

Jengka 1 : Majlis Penyerahan Dewan Orang Ramai

11 Mei 2010 :

Jengka 3 : Program Ziarah

07 Mei 2010 : Pusat Khidmat Masyarakat hari ini menjalankan program ziarah ke Jengka 3. Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin turun padang untuk bertemu warga emas yang menghadapi masalah kesihatan. Turut bersama dalam program ini adalah pemimpin masyarakat Jengka 3 dan pegawai Seranta Felda.

Rumah Rakyat : Majlis Bacaan Tahlil (Hari Hol)

07 Mei 2010 : Majlis Bacaan Tahlil sempena Hari Hol diadakan pagi ini bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat (Rumah Rakyat) di Jengka 3.

Jengka 2 : Bersama AJK Masjid

04 Mei 2010 : Pagi ini Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin menziarahi seorang warga emas yang meninggal dunia di Jengka 2. Selesai menziarah, Dato' Shahaniza meluangkan masa bersarapan bersama AJK Masjid Jengka 2 yang berkebetulan melakukan gotong royong di sekitar kawasan masjid.

Jengka 2 : Undangan Majlis Perkawinan

01 Mei 2010 : Hari ini Dato' Shahaniza meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan seorang AJK Puteri UMNO Maran, Pn Asnifayana Mohd Zain dengan pasangannya yang juga staf di Pejabat UMNO Bahagian Maran iaitu Mohd Azuan Mat Alwi. Semoga pasangan ini kekal bahagia.

09 Mei 2010

Jengka 3 : Konvoi Sinar Harian

01 Mei 2010 : Jengka 3 telah dipilih untuk menjadi lokasi persinggahan Konvoi Sinar Harian 2010. Program telah diadakan di Dewan JKKK Jengka 3. Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsudin hadir bersarapan pagi bersama para peserta konvoi.

01 Mei 2010

Jengka 4 : Ceramah Perdana (Sdr Ezam Mohd Nor)

30 April 2010 : Program ceramah ini telah diadakan di Jengka 4 bermula jam 9.00 malam. Ini adalah anjuran bersama JASA dan UMNO Bahagian Maran.

Jengka 1 : Diskusi Ilmiah

30 April 2010 : Program anjuran Kemas Daerah Maran ini telah diadakan di Surau Peringkat 1A, Jengka Satu bermula jam 3.30 petang. Antara lain pengisian program ini adalah bacaan Ya'sin dan perkongsian maklumat.
Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin turut menyertai majlis ini dan berkongsi maklumat bersama para peserta program.
Powered By Blogger