06 November 2009

Jengka 1 : Program Ziarah

06 November 2009 (Jumaat) - Dalam kepadatan jadual harian, YB Dato' Shahaniza sempat meluangkan masa kira-kira 1 jam menziarahi sebuah keluarga di Jengka 1 yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang pada awal pagi tadi. Dato' Shahaniza tiba di rumah keluarga terbabit jam 8 malam bagi menyampaikan ucapan takziah dan sokongan moral kepada keluarga tersebut.
Difahamkan penerokawati tersebut kembali ke rahmatullah akibat kanser pangkal rahim.
Sehubungan itu, Dato' Shahaniza menasihatkan kaum wanita untuk menjalani ujian 'pap smear', apatah lagi jika mengalami simptom-simptom sebelum merebak ke organ lain. Beliau juga berharap kaum wanita dan lelaki dapat menjaga dan memeriksa kesihatan diri disamping kesibukan tugas seharian.
Maklumat lanjut berkaitan kanser pangkal rahim : klik sini

2 ulasan:

Apache berkata...

Innalillah...semoga rohnya dicucuri rahmat....tahniah kepada ADUN yang sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat kawasannya

Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul berkata...

Terima kasih atas kunjungan sdr Apache dan menjadi 'follower' blog ini. Pandangan anda amatlah kami hargai...

Powered By Blogger