09 November 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Nadi

09 November 2009 (Isnin) - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Nadi DUN Kuala Sentul kali pertama telah diadakan. Antara lain agenda mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan aktiviti peringkat DUN Kuala Sentul.
Bagi aktiviti selepas ini, pada 22 November 2009 (Ahad) akan diadakan "Karnival Keluarga 1Malaysia Bersama Nestle 2009". Program ini akan bermula jam 9 pagi dengan pengisian acara pertandingan mengacau dodol dan memasak nasi goreng. Bagi kanak-kanak, akan diadakan aktiviti pertandingan mewarna dan mengutip gula-gula.

4 ulasan:

Razli kajang berkata...

satu program yang saya rasa amat berfaedah bagi penduduk di DUN kuala sentol khas nya

Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul berkata...

Terima kasih kepada Sdr Razli Kajang keranan berkunjung ke blog ini dan menjadi pengikut blog ini juga.

Untuk makluman sdr dan semua pengunjung blog, program yang tersebut telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini kerana cuaca semasa menyukarkan program tersebut untuk dijalankan. Harap maklum.

Mrlela berkata...

Sentiasa ikuti perkembangan belia sri Jara dalam blog BELIASRIJARA.BLOGSPORT.COM

Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul berkata...

Terima kasih kepada Sdr Mrlela kerana berkunjung ke blog ini dan jadilah pengikut blog ini juga bagi mendapatkan maklumat terkini dan terus kepada anda.

Powered By Blogger