Sumber : Sinar Harian Online
JENGKA 3 – Atas keprihatinan kerajaan dan tanggungjawab membangunkan masyarakat setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menerima peruntukan tambahan untuk projek kecil kawasan DUN bagi tahun 2010.
DUN Kuala Sentul antara yang terawal menerima peruntukan khas Perdana Menteri itu dengan jumlah RM100,000 bagi setiap kawasan DUN.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, semua projek yang mendapat kelulusan peruntukan dalam kawasan DUN Kuala Sentul akan menerima cek Out-Right Grand (OG) mereka.
“RM62,200 peruntukan dibayar melalui tuntutan manakala RM37,800 dibayar secara tunai menerusi cek Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Peruntukan tambahan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu pembangunan setempat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan pembangunan masyarakat luar bandar terutamanya,” katanya.
Shahaniza berkata, antara projek yang mendapat kelulusan peruntukan ialah sumbangan untuk membeli mesin pengacau dodol bagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seri Kekwa Jengka 5 berjumlah RM3000.
“Diharapkan dengan peruntukan yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka dalam melahirkan usahwan di masa hadapan.
“Usaha ini wajar dicontohi semua dalam mewujudkan masyarakat berdaya maju serta memikirkan kaedah yang terbaik dalam terus meningkatkan taraf hidup dengan mewujudkan peluang perniagaan untuk masyarakat setempat,” katanya.
Agihan turut diberikan bagi membaik pulih astaka Masjid Felda Jengka 2 dengan peruntukan RM2,500 serta projek membaik pulih bilik bacaan dan pembelian peralatan bilik bacaan JKKK Jengka 5 dengan jumlah peruntukan RM4,000.
2 ulasan:
Kami berbesar hati sekiranya Dato' mempertimbangkan semula permohonan Peralatan kelengkapan Dikir Barat untuk Persatuan Dikir Barat Sri Jara demi meningkatkan lagi imej kami di masa hadapan''
Sila berhubung dgn Pej Adun Kuala Sentul semula...
Catat Ulasan