13 Februari 2010

Bandung, Indonesia : Pertemuan Bersama Pelajar Pahang

12 Februari 2010 : Bertempat di Hotel Jayakarta, Jalan Dago, Bandung, Indonesia, telah diadakan majlis Makan Malam bersama Adun Kuala Sentul dengan pelajar-pelajar Malaysia (Anak-anak Pahang) yang melanjutkan pelajaran di Bandung, Indonesia. Lebih 50 orang pelajar menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelajar jurusan Kedoktoran, Farmasi dan juga Pergigian.
Dalam ucapannya, Dato' Shahaniza memberi kata-kata perangsang bagi mereka terus cemerlang apatah lagi melanjutkan pelajaran dibumi asing. Beliau juga berharap para bakal doktor ini akan kembali ke tanahair setelah tamat pengajian dan berkhidmat untuk masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar.
Dalam pada itu, para pelajar yang bersama dalam majlis tersebut melahirkan hasrat untuk bersama masyarakat Dun Kuala Sentul dalam satu program kesedaran kesihatan jantung, diabetes dan darah tinggi. Program yang dirancang semasa mereka bercuti di bulan Ogos 2010 adalah sebagai usaha mereka mendekati dan berbakti kepada masyarakat.
Selesai majlis, telah diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pelajar mengetahui situasi semasa di tanahair melalui penjelasan dan penerangan Dato' Shahaniza.

1 ulasan:

SALEHUDIN MAT RASAD berkata...

TINDAKAN YANG BIJAK.. SAMBIL MENYELAM MINUM AIR..
GENERASI BARU TERPELAJAR PERLUKAN PERHATIAN ..

Ole..ole bandung..sana tu banyak beg tangan kulit..murah lagi..juta-juta rupiah..

Powered By Blogger