12 Februari 2010

Jengka 3, 4 & 5 : Gangguan Bekalan Air

12 Februari 2010 : Gangguan bekalan air sedang berlaku di Jengka 3, 4, 5, 6 dan 7. Ini berlaku akibat kegagalan sistem bekalan elektrik di Loji Air Jengka 4. Gangguan dikesan bermula jam 10.00 pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Bekalan Air (JBA) Maran menyatakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah dilakukan oleh pihak TNB. Bekalan air mula pulih jam 5.30 petang tadi dan pihak JBA sedang berusaha menstabilkan bekalan air. Namun begitu, kemungkinan beberapa rumah, terutama di kawasan tinggi masih menghadapi kesulitan ini akibat paras air tangki yang telah surut.
Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul mengharapkan semua pihak bersabar menghadapi kesulitan ini, apatah lagi dalam keadaan semua anak perantauan mula kembali ke kampung halaman di musim perayaan ini.

Tiada ulasan: