13 Februari 2010

Bandung, Indonesia : Pertemuan Bersama Pelajar Pahang

12 Februari 2010 : Bertempat di Hotel Jayakarta, Jalan Dago, Bandung, Indonesia, telah diadakan majlis Makan Malam bersama Adun Kuala Sentul dengan pelajar-pelajar Malaysia (Anak-anak Pahang) yang melanjutkan pelajaran di Bandung, Indonesia. Lebih 50 orang pelajar menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelajar jurusan Kedoktoran, Farmasi dan juga Pergigian.
Dalam ucapannya, Dato' Shahaniza memberi kata-kata perangsang bagi mereka terus cemerlang apatah lagi melanjutkan pelajaran dibumi asing. Beliau juga berharap para bakal doktor ini akan kembali ke tanahair setelah tamat pengajian dan berkhidmat untuk masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar.
Dalam pada itu, para pelajar yang bersama dalam majlis tersebut melahirkan hasrat untuk bersama masyarakat Dun Kuala Sentul dalam satu program kesedaran kesihatan jantung, diabetes dan darah tinggi. Program yang dirancang semasa mereka bercuti di bulan Ogos 2010 adalah sebagai usaha mereka mendekati dan berbakti kepada masyarakat.
Selesai majlis, telah diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pelajar mengetahui situasi semasa di tanahair melalui penjelasan dan penerangan Dato' Shahaniza.

12 Februari 2010

Jengka 3, 4 & 5 : Gangguan Bekalan Air

12 Februari 2010 : Gangguan bekalan air sedang berlaku di Jengka 3, 4, 5, 6 dan 7. Ini berlaku akibat kegagalan sistem bekalan elektrik di Loji Air Jengka 4. Gangguan dikesan bermula jam 10.00 pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Bekalan Air (JBA) Maran menyatakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah dilakukan oleh pihak TNB. Bekalan air mula pulih jam 5.30 petang tadi dan pihak JBA sedang berusaha menstabilkan bekalan air. Namun begitu, kemungkinan beberapa rumah, terutama di kawasan tinggi masih menghadapi kesulitan ini akibat paras air tangki yang telah surut.
Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul mengharapkan semua pihak bersabar menghadapi kesulitan ini, apatah lagi dalam keadaan semua anak perantauan mula kembali ke kampung halaman di musim perayaan ini.

Percutian Keluarga di Bandung, Indonesia

12 Februari 2010 : Dimaklumkan Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin kini sedang becuti bersama keluarga di Bandung, Indonesia sehingga 15 Februari 2010. Walaubagaimanapun, perhubungan telefon bimbit beliau masih terus diaktifkan bagi memberi peluang kepada masyarakat menyalurkan maklumat atau permasalahan.
Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Shahaniza sekeluarga.

08 Februari 2010

Juara Rakyat : Mesyuarat Kali Ke-2

08 Februari 2010 : Bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul, telah di adakan Mesyuarat Penyelarasan Program Juara Rakyat peringkat Dun Kuala Sentul.
Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.

Kg Baru Jara : Sumbangan Komputer untuk Belia

Baru-baru ini, Pertubuhan Belia Sri Jara mendapat perhatian daripada Syarikat Takau Poultry Farm untuk menyumbangkan sebuah komputer riba bagi urusan pentadbiran dan pengurusan. Hadir menyampaikan sumbangan ini adalah Pengurus Takau Poultry Farm, En. P Balasubramaniam dan diterima oleh pengerusi persatuan ini, En. Muhammad Lela Mat Said.
Turut menyaksikan majlis penyerahan ini adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.
Powered By Blogger