01 Julai 2010

Lubuk Yu : Mangsa Lemas Telah Ditemui

Petikan akhbar Sinar Harian 1 Julai 2010

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, mayat dijumpai sepasukan Bomba dan Penyelamat Bomba Bandar Jengka yang menggunakan khidmat tiga anjing K9 Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kira-kira 10 kilometer mengikut laluan air dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Menurutnya, pasukan yang terdiri daripada tiga anggota polis dan empat bomba itu memulakan operasi jam 8 pagi dari Loji Air Ulu Jempol dan berjaya menemui mangsa di tebing dalam kawasan ladang kelapa sawit Felda Jengka 2 pada jam 3.40 petang.

“Mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kaki sebelah kanan tersangkut pada akar kayu dan lengkap berpakaian. Bagi laluan darat, jaraknya kira-kira tujuh kilometer.

“Hari keempat (kelmarin), operasi mencari di dasar lubuk ditamatkan pada jam 6.30 petang selain usaha menyusuri sungai dilakukan anggota Pasukan Bomba Sukarela Sungai Jerik namun hanya sehingga jambatan Sungai Jempol,” katanya.

Ahmad Johari berkata, operasi menyusuri diteruskan dengan pertambahan jarak pencarian sebelum mayat dijumpai.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluar dan akan dikebumikan pada malam ini (semalam) di Felda Jengka 17.

“Pihak polis dan pasukan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan semua pihak yang membantu operasi sehingga mangsa ditemui,” katanya.

1 ulasan:

zulkbo berkata...

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
moga Alah tempatkan
arwah di kalangan orang
yang soleh..simpati buat
keluarga si mati...

Powered By Blogger