07 Disember 2010

Sg Jerik : Projek Perumahan


Sumber : Sinar Harian Online

Sungai Jerik lokasi kedua

SUNGAI JERIK - Pekan Sungai Jerik merupakan lokasi kedua yang diberi keutamaan di seluruh negara untuk pelaksanaan projek pembinaan perumahan kos rendah bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, projek yang membabitkan tanah swasta itu sudah dibincangkan dan kini hanya menunggu proses teknikal sebelum sebarang pelaksanaan dilakukan.

Menurutnya, kerajaan tiada halangan meluluskan projek itu untuk dilaksanakan namun tidak semua rumah yang bakal dibina adalah rumah kos rendah.

“Hanya 40 peratus sahaja rumah murah dan selebihnya adalah sederhana kerana ini diusahakan pihak swasta kerana mereka juga mahu keuntungan dalam perniagaan.

“Maka tidak semua pemohon layak membeli rumah kos rendah dan saya berharap penduduk setempat memahami situasi ini.

“Pihak pemaju akan cuba segerakan projek berkenaan tetapi ia mengambil masa kerana membabitkan satu negara,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar ini berhubung 70 keluarga India dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul yang minta pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan bagi menyediakan tanah bergeran kepada kaum itu supaya dapat dibangunkan untuk pembinaan rumah atau pertanian.

Shahaniza berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada masyarakat setempat berkenaan masalah penempatan tambahan melalui projek perumahan termasuk untuk generasi kedua Felda.

Menurutnya, pekan Sungai Jerik sememangnya mempunyai masalah kekurangan kawasan perumahan dan kerajaan akan cuba mengatasi isu itu dengan mengambil kira faktor berkaitan.

“Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) Maran memberi sokongan kuat bagi permohonan mendapatkan perumahan kos untuk menampung pertambahan penduduk,” katanya.

01 Ogos 2010

Ulu Jempul : Pemulihan Bekalan Air

01 Ogos 2010 : Beberapa kawasan di Ulu Jempul, Jengka 2 dan Sg Jerik terjejas bekalan air sejak malam tadi akibat kegagalan Loji Air Ulu Jempul menyalurkan air ke kawasan tersebut.
Jabatan Bekalan Air Maran dalam satu kenyataan menyarakan kegagalan ini berpunca dari masalah elektrik (trip) di loji air ini. Namun begitu, kerja-kerja pembaikian telah dimulakan sebaik punca masalah diketahui.
Bekalan air telah berjaya dipulihkan menjelang pagi tadi secara berperingkat. Bagi kawasan yang berada di tanah tinggi, ada kemungkinan akan lewat menerima bekalan air.
Dalam pada itu, Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin berharap penduduk yang terjejas bersabar menghadapi masalah ini. Kepada JBA Maran, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas tindakan pantas mereka dalam situasi ini.
Powered By Blogger