04 Januari 2010

Jengka 1 : Lampu Jalan di Simpang Masuk

02.01.2009 : Penduduk Jengka 1 berasa amat gembira menerima hadiah tahun baru 2010 apabila beberapa buah lampu jalan telah di pasang dan mula menyala sejak beberapa hari lepas. Sebanyak 3 buah lampu jalan di pasang di simpang masuk kampung dari arah Bandar Jengka dan sebuah lagi di simpang masuk dari arah Sungai Jerik.
Selain itu, sebuah lampu jalan juga di pasang di kawasan jalan berbukit di hadapan pintu masuk SAR KAFA Jengka 1.
Semoga dengan pemasangan dan menyalanya lampu jalan ini, akan menceriakan lagi kampung ini selain membantu pemandu ketika ingin melalui simpang dan kawasan ini.

03 Januari 2010

Ucapan Selamat Tahun Baru 2010

01.01.2010 : Setelah hampir 2 tahun memberi khidmat bakti kepada penduduk selaku Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin berazam akan meneruskan momentum khidmatnya di tahun 2010.
Keutamaannya dalam 2010 adalah bagi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan menyelesaikan sebaik mungkin isu-isu yang timbul. Seringkali apa yang dilakukan tidak dapat memuaskan hati semua pihak, namun, keputusan dan tindakan terbaik telah dilakukan.
Beliau juga berharap warga Dun Kuala Sentul akan terus bersatu padu dan saling bantu membantu dalam kehidupan bermasyarakat ke arah komuniti yang lebih harmoni dan sentosa.
Segala usaha dan program-program yang telah bermula akan diteruskan selain beliau melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul akan merangka beberapa program baru demi kesejahteraan semua.
Selamat tahun baru 2010 !

01 Januari 2010

Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR

31.12.2009 : Tahun 2009 ditutup tirainya dengan aktiviti penuh bermakna anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul. Kejayaan pelajar dalam UPSR dan PMR yang lepas telah diraikan oleh YB Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.
Program yang bermula jam 3 petang ini adalah sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi Dato' Shahaniza terhadap pendidikan di Dun ini. Turut bersama dalam program ini adalah ibu bapa pelajar cemerlang tersebut dan guru-guru mereka. Dalam program ini, setiap pelajar cemerlang menerima cenderamata dan tabungan RM50 setiap seorang yang dikreditkan dalam akaun Tabung Haji mereka.

Jengka 2 : Program Mengacau Bubur Asyura

31.12.2009 : Bulan Muharam yang kini sampai ke pertengahannya di ambil kesempatan oleh penduduk Jengka bagi meraikannya dengan membuat bubur asyura. Selain menyediakan juadah istimewa ini, program ini juga dapat mengeratkan ukhwah sesama penduduk Jengka 2.
Turut bersama dalam program ini adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin dan pemimpin-pemimpin setempat.

Jengka 2 : Gangguan Bekalan Air

31.12.2009 : Dalam satu kenyataan ringkas, Jabatan Bekalan Air Pahang (Maran) memaklumkan terdapat gangguan bekalan air di perkampungan Jengka 2 akibat tangki air bocor.
Kerja-kerja pembaikian dan pemulihan semula bekalan sedang dilaksanakan. Kepada semua pengguna terlibat, di harap bersabar.
Powered By Blogger