03 Januari 2010

Ucapan Selamat Tahun Baru 2010

01.01.2010 : Setelah hampir 2 tahun memberi khidmat bakti kepada penduduk selaku Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin berazam akan meneruskan momentum khidmatnya di tahun 2010.
Keutamaannya dalam 2010 adalah bagi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan menyelesaikan sebaik mungkin isu-isu yang timbul. Seringkali apa yang dilakukan tidak dapat memuaskan hati semua pihak, namun, keputusan dan tindakan terbaik telah dilakukan.
Beliau juga berharap warga Dun Kuala Sentul akan terus bersatu padu dan saling bantu membantu dalam kehidupan bermasyarakat ke arah komuniti yang lebih harmoni dan sentosa.
Segala usaha dan program-program yang telah bermula akan diteruskan selain beliau melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul akan merangka beberapa program baru demi kesejahteraan semua.
Selamat tahun baru 2010 !

2 ulasan:

Apache berkata...

selamat tahun baru...semoga sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt sentiasa hendaknya....

Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul berkata...

Terima kasih Sdr Apache. Semoga tuan juga akan diberkati dan dirahmati oleh Allah swt sentiasa...

Powered By Blogger