29 Jun 2010

Lubuk Yu : Berita Kejadian Lemas

28 Jun 2010 :Gerakan mencari dan menyelamat seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad di Ipoh, Perak yang dipercayai lemas semasa mandi di Hutan Lipur Lubuk Yu di sini Sabtu lalu masih gagal menemui mangsa. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahbuddin berkata, sehubungan itu gerakan mencari Mohd Azhar Azizan, 28, yang berasal dari Felda Jengka 17 di sini akan diteruskan.

Mangsa dikatakan pergi berkelah di kawasan hutan lipur tersebut bersama lima rakannya. "Mangsa dikatakan mandi sambil menyelam beberapa kali di kawasan sedalam 4.3 meter di lubuk itu dan kemudian didapati tidak timbul-timbul kira-kira 6.30 petang," kata Ahmad Johari. Gerakan awal mencari mangsa dilakukan oleh rakan-rakannya sebelum polis tiba pada pukul 8.00 malam bersama pasukan bomba yang mengambil masa lebih satu jam mencari mangsa.

Gerakan mencari disambung pula semalam dengan bantuan Unit Skuba Balai Bomba Temerloh dan penduduk kampung namun masih gagal menemui mangsa. Mangsa dikatakan seorang yang pandai berenang.

-Bernama

2 ulasan:

zulkbo berkata...

salam Datuk..
simpatinya..semoga
mangsa dapat di temui
secepat mungkin..

Rasli Jaafar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Powered By Blogger