18 Mei 2010

Makluman : Gangguan Bekalan Air

18 Mei 2010 : Jabatan Bekalan Air dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan bekalan air di Loji Air Ulu Jempul berlaku semula akibat masalah pam air. Walaupun pembaikian telah dibuat, namun ia bersifat sementara apabila masalah yang serupa berulang. Kini kerja-kerja pembaikian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini.
Walaubagaimanapun, JBA Maran telah menyediakan 4 buah lori tangki air bagi membekalkan air secara berkala kepada penduduk Jengka 2 dan Ulu Jempul (2 buah lori tangki bagi setiap kampung). Bekalan air sementara ini juga akan berfokus ke institusi penting seperti masjid dan sekolah.
Dalam pada itu, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin selaku Adun Kuala Sentul berharap penduduk di kawasan yang terjejas agar bersabar menghadapi kesukaran sementara ini. Beliau juga berharap pihak JBA dapat memastikan bekalan air pulih seperti sediakala demi keselesaan penduduk.

Maklumat Terkini (18 Mei 2010 jam 3.00 ptg)
Bekalan air dari Loji Air Ulu Jempul telah pulih namun masih belum di tahap optimum. Sebahagian kawasan yang terjejas mula menerima bekalan air. Namun begitu, penghantaran bekalan air ke kawasan perumahan yang berada di aras tinggi masih diteruskan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam YB,

Terima kasih kerana prihatin masalah rakyat. Sungguh kasihan kpd rakyat yg derita akibat ketiadaan air bagi keperluan diri.

Namun, setiap kerja baikpulih oleh JBA juga perlu dipantau dari segi kecekapan dan komitmennya. Masalah yg terlalu kerap berulang hanya menimbulkan persepsi buruk terhadap reputasi JBA. Sewajarnya JD JBA Maran perlu bertanggungjawab dlm hal teknikal begini. Jgnlah tunggu hingga rakyat berteriak, kerja repair pam air pun mengalahkan merepair loji minyak..!

Kpd YB, teruskan usaha murni membantu menyelesaikan masalah rakyat. Sesungguhnya rakyat yg baik harus bersabar dgn permasalahan yg melanda. Namun, adakala kesabaran itu juga ada batasnya...

Powered By Blogger