31 Oktober 2009

Perancangan Keselamatan di DUN Kuala Sentul

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di DUN Kuala Sentul, YB ADUN Kuala Sentul telah memohon supaya dibina lebih banyak Pondok Polis bersama dengan pertambahan anggota Polis. Menerusi permohonan untuk Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) dicadangkan supaya dibina sebuah Pondok Polis di Jengka 3. Cadangan pembinaan di Jengka 3 adalah kerana kedudukannya yang hampir dengan jalan besar.

Selain itu, 2 buah Pondok Polis yang sedia ada telah dipohon untuk dinaiktaraf kerana rekabentuk sejak tanah rancangan Felda dibuka sudah tidak sesuai untuk pengoperasian. Bersamalah kita berdoa moga permohonan yang dibawa oleh YB Dato' ke peringkat atasan akan diluluskan dan seterusnya dilaksanakan demi kebaikan penduduk DUN Kuala Sentul.
Pondok Polis Jengka 1


Pondok Polis Jengka 4

2 ulasan:

gengsahabat berkata...

tahniah kerana blog DUN ini tentunya ia akan menjadi sumber masyarakat mendapat informasi berguna....semoga lebih ramai lagi ADUN mempunyai blog sebegini....

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Sentul berkata...

Terima kasih kepada gengsahabat kerana berkunjung dan menjadi pengikut blog ini. Semoga hasrat kita bersama tercapai.