Selaras dengan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di DUN Kuala Sentul, YB ADUN Kuala Sentul telah memohon supaya dibina lebih banyak Pondok Polis bersama dengan pertambahan anggota Polis. Menerusi permohonan untuk Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) dicadangkan supaya dibina sebuah Pondok Polis di Jengka 3. Cadangan pembinaan di Jengka 3 adalah kerana kedudukannya yang hampir dengan jalan besar.
Selain itu, 2 buah Pondok Polis yang sedia ada telah dipohon untuk dinaiktaraf kerana rekabentuk sejak tanah rancangan Felda dibuka sudah tidak sesuai untuk pengoperasian. Bersamalah kita berdoa moga permohonan yang dibawa oleh YB Dato' ke peringkat atasan akan diluluskan dan seterusnya dilaksanakan demi kebaikan penduduk DUN Kuala Sentul.

Pondok Polis Jengka 1