29 Jun 2010

Lubuk Yu : Gambar Sekitar Operasi Mencari

Gambar-gambar sekitar operasi mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.
Berita berkaitan dalam posting sebelum ini.

Tinjauan oleh Ahli Parlimen Maran & Adun Jengka

Pasukan Bomba yang menjalankan operasi mencari.

Pasukan Bomba mencari dengan bantuan orang awam.

Ahli Parlimen Maran bersama keluarga mangsa.
(Isteri mangsa membelakangkan kamera)

Adun Kuala Sentul bersama JPAM yang turut membantu operasi.

Adun Kuala Sentul bersama isteri mangsa.

Taklimat operasi oleh pihak Bomba, Polis dan TLDM.

Sidang media bersama RTM dan akhbar.

Tinjauan oleh Adun Kuala Sentul bersama pegawai bomba.

Pasukan Penyelam TLDM menjalankan operasi mencari melalui selaman.

Adun Kuala Sentul bersama ibu dan isteri mangsa.

Lubuk Yu : Berita Kejadian Lemas

28 Jun 2010 :Gerakan mencari dan menyelamat seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad di Ipoh, Perak yang dipercayai lemas semasa mandi di Hutan Lipur Lubuk Yu di sini Sabtu lalu masih gagal menemui mangsa. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahbuddin berkata, sehubungan itu gerakan mencari Mohd Azhar Azizan, 28, yang berasal dari Felda Jengka 17 di sini akan diteruskan.

Mangsa dikatakan pergi berkelah di kawasan hutan lipur tersebut bersama lima rakannya. "Mangsa dikatakan mandi sambil menyelam beberapa kali di kawasan sedalam 4.3 meter di lubuk itu dan kemudian didapati tidak timbul-timbul kira-kira 6.30 petang," kata Ahmad Johari. Gerakan awal mencari mangsa dilakukan oleh rakan-rakannya sebelum polis tiba pada pukul 8.00 malam bersama pasukan bomba yang mengambil masa lebih satu jam mencari mangsa.

Gerakan mencari disambung pula semalam dengan bantuan Unit Skuba Balai Bomba Temerloh dan penduduk kampung namun masih gagal menemui mangsa. Mangsa dikatakan seorang yang pandai berenang.

-Bernama

05 Jun 2010

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

sempena
Hari UlangTahun Keputeraan Rasmi Baginda pada 5 Jun 2010.
Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.

Sembah Takzim daripada ;
YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin (Adun Kuala Sentul)
dan seluruh lapisan masyarakat
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul, Maran, Pahang.

27 Mei 2010

Cuti Hari Wesak : Selamat Bercuti !

27 Mei 2010 : Esok, penganut agama Buddha, terutamanya di Sg Jerik akan merayakan Hari Wesak, hari yang paling suci dalam kalendar agama Buddha. Hari yang penting ini melambangkan keamanan sejagat selain budaya membantu yang memerlukannya.
Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, selaku Adun Kuala Sentul berharap, melalui perayaan ini, penganut agama Buddha dapat menghayati makna tersirat dalam perayaan ini apatah lagi kita hidup dalam lingkungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Bagi anak-anak perantauan yang akan pulang ke kampung halaman (terutamanya kampung-kampung dalam Dun Kuala Sentul), Dato' Shahaniza mengucapkan selamat kembali kepada keluarga masing-masing dan gunakanlah cuti ini bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Gunakanlah peluang kembali ke kampung halaman ini bagi mencurahkan idea bagi terus memajukan kampung halaman sendiri.
Bagi yang akan pergi bercuti, hati-hati dijalanraya semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.
Selamat Bercuti !

22 Mei 2010

Vandalisme Punca Gangguan Bekalan Air

22 Mei 2010 : Akibat perbuatan nakal (vandalisme) yang memasukkan batu-batu ke dalam mesin pam air, Loji Air Ulu Jempul gagal membekalkan air kepada penduduk Ulu Jempul, Jengka 2 dan Sg Jerik sejak petang semalam. Batu-batu yang dimasukkan ke dalam 'intake' pam tersebut menyebabkan kipas pam penyedut air tersebut rosak dan terpaksa dibaiki. Keadaan ini sememangnya mendatang kesulitan terhadap pengguna, apatah lagi bekalan air kerap terputus sejak akhir-akhir ini.
Walaubagaimanapun, Jabatan Bekalan Air Maran telah bertindak pantas membaiki kerosakan pam tersebut. Bekalan air telah dapat disalurkan semula bermula tengah hari tadi.
Dalam satu kenyataan, JBA Maran akan terus memantau keadaan Loji Air Ulu Jempul dan pam'intake' air agar terus dapat berfungsi dengan baik. JBA Maran juga mengingatkan orang ramai bahawa kawasan sekitar sumber air loji air ini juga adalah kawasan larangan dari dicerobohi. Perbuatan nakal seperti yang berlaku hari ini jelas menyusahkan semua pihak, terutamanya pengguna bekalan air sendiri.
Powered By Blogger